Thursday, December 30, 2010

:: Bila Nanti Kau Besar Anakku :

:: ASSALAMUALAIKUM ::
bila nanti kau besar anakku
bicaralah yang baik-baik
biar senang hati ayah
biar senang hati ibu

bila nanti kau besar anakku
cita-cita biar mencecah langit
jangan setapak pun kau mengalah
sebelum sayangku berjuang
kerana setapak langkah sumbang
seribu tahun padi sambang
seabad bumi gersang

bila nanti kau besar anakku
warnailah layarmu dengan warna-warna indah
membiru memutih
damai dan bersih

jangan sesekali kau calitkan
warna hitam di layarmu
kerana yang sekali itu
bisa mencacatkan birumu
bisa mencacatkan putihmu

peganglah sayang
peganglah pesan ayah
peganglah pesan ibu
demi Tuhan
demi ayah dan ibu

bila nanti kau besar anakku
jangan lupa ayah dan ibu
jangan lupa kami yang sedang beradu
taburilah dengan bunga-bunga doa
biar sejuk ayah
biar sejuk ibu .


Tuesday, December 14, 2010

Wasiat Imam Al-Ghazali


"ASSALAMUALAIKUM"

"Muliakanlah semua manusia nescaya kamu akan dimuliakan oleh mereka..dan sayangilah penghuni bumi nescaya kamu akan disayangi penghuni langit.."

1- apabila berjumpa dengan kanak2 anggaplah mereka lebih mulia daripada kamu..kerana mereka belum diberati oleh dosa, sedangkan kamu, hampir setiap langkah dan perbuatanmu dipenuhi dosa..

2- apabila berjumpa dengan org tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kamu kerana mereka lebih lama berabdi dan beribadah kepada Allah melebihi kamu..

3- apabila berjumpa dengan orang alim sewajarnyalah mereka lebih mulia daripada kamu kerana banyak ilmu yang kamu tidak ketahui tetapi mereka mengetahui..

4- apabila berjumpa dengan org jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kamu kerana mereka berbuat dosa lantaran kejahilan mereka..sedangkan kamu masih bergelumang dosa walaupun tahu tentang dosa dan pahala..

5-apabila berjumpa dengan org jahat, janganlah cepat beranggapan bahawa kamu lebih mulia daripada mereka..kerana mungkin di hari tua, mereka akan bertaubat atas segala dosa mereka..sedangkan kita belum tahu apakah penghujung hidup kita..mungkin kita akan lebih hina daripada mereka suatu hari nanti..

6-apabila berjumpa dengan org kafir sekalipun, janganlah menyombongkan diri dan beranggapan kamu lebih mulia daripada mereka..mungkin suatu hari nanti mereka diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam..lantas diampunkan segala dosa sepanjang hidup mereka..ibarat bayi yang baru dilahirkan semula..sedangkan kita sejak lahir telah beragama Islam namun terus mengerjakan dosa..apabila perhitungan dosa dan pahala dijalankan, mungkin kamu akan lebih hina daripada mereka..